kawan sehidup semati saya

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Selasa

jika kita mencintai seseorang ...

jika kita mencintai seseorang . kita akan selalu mendoakanya walaupun dia tidak ade disisi kita
ALLAH memberi kita dua kaki untuk berjalan . dua tangan untuk memegang , dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat . tetapi kepada ALLAH menganugerahkan sekeping hati buat hambanya? kerana ALLAH telah memberi sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya . itulah cinta

jangan sesekali ucapkan selamat tinggal jika hati masih menyayangi. jangan sesekali menyerah jika hati masih sayang . jangan sesekali cakap tidak mencintainya lagi sedangkan hati masih tidak dapat melupakannya .
cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan .walaupun berjuta kali dia telah dikecewakan. kepada yang mempercayai wlaupun beribu kali dikhianati .kepada mereka yang masih ingin dicintai wlaupun telah berkali-kali disakiti dan kepada mereka yang masih mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan .

jangan simpan kata-kata cinta sehingga orang yang tersayang pergi ..nanti akhir nya terpaksa kita mencatat kata-kata itu di pusara nya . ucapkan la kata-kata cinta yang terpendam dihati kamu untuk dia . selagi hayat dikandung badan .mungkin ALLAH ingin kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum kita bertemu dengan jodoh yang telah ditetap kan .

cinta dapat mengubah pahit menjadi manis . debu menjadi emas .keruh menjadi bening .sakit menjadi sembuh .penjara menjadi telaga.derita menjadi nikmat . dan kemarahan menjadi rahmat . sungguh menyakitkan jika kita mencintai  orang yang tidak pernah menyintai kita .tetapi lagi menyakitkan jika kita mencintai seseorang dan tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan nya .

cintailah dia atas dasar siapa dia sekarang dan bukan sebelumnya .kisah silam tak perlu diungkit jika kamu benar2 menyayanginya setulus hati .hati-hati dengan cinta .kerana cinta juga dapat membuat orang yang sihat menjadi sakit .yang normal menjadi gila .kaya menjadi miskin raja menjadi budak jika cinta yang dihulur disambut oleh pencinta palsu
sesiape pun pandai menghayati cinta . tapi tidak seorang pun yang boleh menilai cinta. kerana cinta bukan la sesuatu objek yang dapat dilihat oleh mata kasar . sebaliknya cinta hanya dapat dirasa melalui hati dan perasaan

cinta bukan la kata murah dan lumrah yang di tutur  dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya .bercinta memang mudah untuk dicintai juga memang mudah . tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang paling sukar untuk diperolehi ..
cinta datang tanpa di minta . cinta datang tanpa di duga . cinta datang tanpa kita sedar . hargai lah orang yang telah menyintai kita .

Tiada ulasan: